Secara konsepnya,
pelaburan emas adalah “Menyimpan Emas”, dengan melabur didalam emas, ia
bermakna emas tersebut disimpan dan tidak diniagakan dimana-mana pasaran. Harga
emas didunia yang naik dan turun secara moderate akan mengubah nilai emas menjadi
semakin tinggi.
Ada banyak faktor
naik turun emas di pasaran semasa dunia, lima antaranya;
1.
Harga pasaran dollar (USD) dan pasaran makroekonomik dunia.
Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan
pengelakan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan
nilai emas.
2.
China, India dan pasaran Asia.
Dua negara yang mempunyai populasi terbesar didunia seperti China dan India
turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia. Memiliki emas di China baru
sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat China untuk memiliki emas
semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi dan India, pembeli emas
terbesar didunia pada masa kini, turut mengalami kenaikan permintaan untuk
pelaburan emas disebabkan dagangan emas yang semakin ketat di Pasaran Dunia.
Perkara yang berlaku di negara-negara ini contohnya Sukan Olimpik, Asia dan
sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.
3.
Permintaan Bank Pusat Negara.
Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yang ditanggung menyebabkan
banyak Bank Pusat setiap negara cuba membeli emas sebagai simpanan.
4.
Kekurangan pengeluaran emas di lombong
Hampir semua pengeluar emas utama didunia tidak mencapai target mereka dan kos
pengeluaran serta pemprosesan yang semakin tinggi menyebabkan harga emas dunia
semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara pengeluar emas terbesar didunia
turut mengalami penurunan dalam pengeluaran emas mereka.
5.
Permintaan pelaburan.
Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan menyimpan emas didalam ekonomi
sekarang menyebabkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari sehari ke
sehari.
Semua diatas antara 5
faktor utama yang mempengaruhi harga emas di pasaran dunia, untuk anda di
Malaysia, apakah bentuk pelaburan yang terbaik? Untuk anda yang baru ingin
bermula didalam pelaburan emas, anda mungkin tertanya-tanya waktu yang sesuai
untuk mula membeli? Mungkin info ini dapat membantu.
Bilakah waktu yang sesuai untuk membeli
emas?
Pertama, lihat ekonomi dunia, adakah harga dollar
semakin naik atau tidak? Jika dollar jatuh harga emas akan naik, itu yang
pertama.
Yang
kedua, apakah ada sebarang acara
terbesar di China, India atau negara lain yang sinonim dengan emas? Jika ada ia
mungkin waktu terbaik untuk anda beli sebelum event tersebut, Harga emas naik
ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di
India baru-baru ini, adalah bukti event di negara-negara tersebut mempengaruhi
harga emas dunia.
Ketiga, apakah landskap ekonomi sekarang? Harga
emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi
dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika
ekonomi bergerak perlahan.
Keempat, berapakah pengeluaran emas semasa?
(banyakkan membaca dan research), jika pengeluaran emas di lombong semakin
rendah, harga emas akan naik. dan yang terakhir, sudah lamakah anda mendengar
pelaburan emas? Apa yang kami tahu, pelaburan emas masih agak baru di negara
kita, masih ramai yang tidak menyedari pentingnya melabur didalam emas. Jika
ini kali pertama sampai ke telinga anda, maka jangan tunggu lagi untuk bermula.
Lebih awal anda bertindak, lebih banyak keuntungan anda.
Kadang-kadang ada
yang bertanya, apakah jenis emas terbaik untuk mereka beli? Emas
mempunyai banyak jenis, ada 24 karat, 22k, 18k, 14k dan bermacam lagi, jawapannya tentulah emas 24 karat, atau orang tua di kampung
lebih senang memanggilnya emas sepuluh atau emas 999. Emas 916 pula, bukannya
tidak elok, tetapi peratus susut nilainya lebih tinggi berbanding emas 999.
Emas putih pula sama sekali harus dielakkan untuk dibeli. (bagi mereka yang
berniat untuk menyimpan emas) kerana susut nilainya yang sangat tinggi malah
ada banyak tempat emas putih tidak akan dinilai.
Okey seterusnya,
apakah bentuk emas yang sesuai untuk pelaburan? Ada banyak pendapat mengatakan
jongkong emas, dinar emas dan sebarang bentuk emas bukan perhiasan lebih sesuai
untuk pelaburan. Itu pendapat mereka. Emas perhiasan
lebih sesuai untuk disimpan ketika ini. Ini kerana;
Pertama: Apabila pelabur membeli emas
jongkong, dinar dan sebagainya, pelabur akan cenderung untuk menjual apabila
harga naik. Bila sahaja harga naik, pelabur mula ingin menjual
jongkong-jongkong emas tersebut. Ini adalah kerana stigma yang bermain di
fikiran kita sebagai pelabur. Kita menyimpan emas untuk mendapatkan keuntungan
segera, bukannya sebagai medium simpanan kekayaan.
Kedua:
Emas jongkong pula hampir tiada fungsi, hanya terbaring pegun dibilik pelabur,
tidak boleh dipakai malah sukar dibawa kemana-mana, emas itu sendiri hilang kilauannya.
Pelaburan emas, apakah yang terbaik? . Berbeza dengan emas perhiasan, yang mana
boleh dipakai, dibawa kemana-mana dan kilauannya cantik di leher isteri
saudara-saudara semua. Jadi sebagai manusia, kita mungkin lebih cenderung untuk
menyimpan sesuatu yang kita gunakan, berbanding suatu yang tidak digunakan.
Ketiga: Zakat untuk emas bukan perhiasan akan
dikenakan bagi simpanan emas melebihi 90 gram, berbeza dengan emas perhiasan (hanya
dikenakan zakat sekiranya memiliki lebih 900 gram emas). Bermaksud, apabila
saudara membeli pamp Suisse 100g, automatik diwajibkan zakat keatas saudara.
Mungkin banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas dengan jongkong, tetapi,
cuba kita siasat susur galur syarikat tersebut, pemiliknya mungkin tidak tahu
hal berkenaan zakat dan berkata jongkong emas adalah pelaburan terbaik. Adakah
kita akan angguk-angguk sahaja?
Keempat: Krisis yang melibatkan skim pelaburan
Etika Emas beberapa ketika dulu, mengengkang jongkong/dinar daripada dipajak di
Ar-Rahnu, ini sedikit sebanyak menghadkan pelabur dari mendapatkan wang apabila
perlu kecuali menjual jongkong walaupun pada harga yang rendah. Emas perhiasan
pula dengan mudah dapat dipajak dimana-mana.
Kelima: Beberapa syarikat pelaburan emas,
membeli balik emas jongkong saudara secara tidak tunai (cek) juga menghadkan
saudara untuk mendapatkan tunai dengan segera. Emas sepatutnya boleh ditunaikan
bila-bila masa sahaja. Ada juga agen syarikat tersebut enggan membeli pada
harga semasa kerana jumlah keuntungannya yang sedikit.
Lima diatas mungkin
perkara yang patut pelabur baru pertimbangkan sebelum mula melabur.
Dipetik dari tajuk Kepentingan Emas (http://www.hargaemas.com.my/terkini/kepentingan-emas/)