Monday, March 7, 2016

Perbezaan Jenis Emas


Assalammualaikum pembaca semua, lama rasanya tidak update artikel tentang emas.
Hari ini saya nak kongsi sikit tentang jenis emas serta kualitinya dan kandungan yang berbeza,

Sifat emas tulen adalah lembut,oleh itu campuran dalam emas perlu dicampurkan seperti aluminium,besi dan lain-lain, supaya emas mudah dibentuk dan tahan lama serta kukuhkan bentuk asalnya.

Berikut jenis-jenis emas serta ciri-ciri yang terdapat dalam emas :

Emas 999


  • Emas tulen dan tidak bercampur dengan kandungan lain.
  • Emas 24K atau 24 karat
  • Bentuk emas jongkong
  • Harga lebih mahal berbanding emas lain
  • Simpanan dan pelaburan
  • 99.9% emas tulen

Emas 916


  • Kandungan emas 91.6%
  • 8.4% mempunyai kandungan lain seperti besi, tembaga dan aluminium
  • Emas 22K atau 22 karat
  • Popular sebagai barang hiasan di Malaysia

Emas 950


  • Kandungan 95.0%
  • 5.0% mempunyai kandungan seperti besi, aluminium dan lain-lain.
  • Emas 23K atau 23 karat

Emas 835



  • 83.5% kandungan emas
  • 16.5% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan lain-lain.
  • Popular di kelantan
Emas 750


  • 75.0% kandungan emas
  • 25.0% campuran kandungan lain seperti besi,tembaga,aluminium dan lain-lain
  • Emas 18K atau 18 karat
  • Mutu emas rendah dan kurang popular



Petikan dari http://www.ciktom.com/jenis-jenis-emas-dan-kualiti-emas/



No comments:

Post a Comment