Negeri-negeri Melayu iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan
Perlis ada kaitan dari segi sejarah dengan Negara Siam. Negeri-negeri ini
pernah dikatakan menghantar Bunga Emas kepada negeri Siam, walaupun pengaruh
Siam tidak begitu kuat.
Setelah British campur tangan di negeri-negeri Melayu, ada
pedagang-pedagang yang berminat terhadap negeri-negeri Melayu Utara. Pada
mulanya pihak British ingin mengekalkan negeri Siam sebagai negeri perantaraan
dengan Burma, dan kuasa-kuasa Barat lain seperti Perancis. British telah
mengiktirafkan pengaruh Siam ke atas negeri-negeri Melayu Utara. Sungguhpun ini
tidak disukai oleh negeri-negeri Melayu tersebut, British telah menandatangani
beberapa perjanjian sulit dengan Siam bagi menentukan nasib dan masa depan
negeri-negeri Melayu berkenaan, kecuali Johor.
Sultan-sultan negeri-negeri Melayu berkenaan tidak
bersetuju dengan syarat-syarat Perjanjian Bangkok tahun 1909. Namun, British
telah melantik penasihatnya di setiap negeri terlibat. Sementara itu Johor
masih bebas daripada naungan British sehingga tahun 1914 apabila Johor juga
terpaksa menerima penasihat Britsh.
Keengganan sultan-sultan negeri berkenaan menyertai
Persekutuan yang ditubuhkan pada tahun 1896, menyebabkan wujudnya Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu. Menjelang akhir kurun ke-19, terdapat dua jenis
pentadbiran British di Tanah Melayu iaitu:
1. Negeri-negeri Selat (P.Pinang, Singapura dan Melaka)
2. Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang)
Negeri-negeri Melayu Utara yang terdiri daripada Kedah,
Perlis, Kelantan dan Terengganu pula dikaitkan dengan Siam yang menganggap
negeri-negeri itu di bawah kekuasaannya. Bagaimanapun Siam tidak menguasai
negeri-negeri itu. Malah negeri-negeri itu beranggapan "Hubungan itu
adalah semata-mata satu pengakuan mengikut adat mengenai ketuanan luar
negeri." Negeri-negeri Melayu Utara menghantar Bunga Emas setiap tiga tahun sekali ke Siam sebagai tanda ketuanan.
Bunga emas merupakan pohon yang diperbuat daripada emas dan batangnya daripada
perak. Bagaimanapun nilainya tidak tetap bergantung kepada kemakmuran setiap
negeri. Kedah misalnya pernah menghantar Bunga Emas bernilai $5000.00 dan Bunga
Emas Kelantan pernah bernilai $11,000.00.
Johor merupakan satu-satunya negeri di Tanah Melayu yang
berjaya mengelakkan campur tangan kuasa asing dan diperintah oleh Sultan yang
merdeka.
Petikan dari http://cinrai.blogspot.my/2012/04/sejarah-bunga-emas-di-hantar-kepada.html
No comments:
Post a Comment