Pajak Gadai-i Ar-Rahnu
Assalammualaikum, salam pembaca semua..di sini saya nak kongsi sikit mengenai Pajak gadai-i Ar Rahnu dalam simpanan emas serta cara gadaian.
Pajak Gadai-i Ar-Rahnu menawarkan pembiayaan tunai segera dan mudah sehingga RM50,000 dengan kadar upah simpan yang rendah berdasarkan 3 prinsip Syariah.
Konsep Syariah
- Qard (pinjaman tanpa faedah)
- Wadi`ah Yad Dhamanah (simpanan dengan jaminan ke atas barang gadaian)
- Ujrah (upah simpan)
Kelayakan
- Warganegara dan bukan warganegara Malaysia
- Pemastautin tetap
- Tidak muflis
- Berumur 18 tahun ke atas
Keistimewaan
- Bebas dari unsur riba'
- Tiada yuran proses
- Kadar upah simpan dikira secara harian
- Tempoh gadaian yang lama
- Barang kemas disimpan dengan selamat dengan pelindungan Takaful
- Urusan niaga telus dan dibuat di hadapan pelanggan di dalam bilik khas
Syarat Barang Gadaian
- Semua barangan kemas/emas KECUALI barang gadaian yang mempunyai batu dan berbentuk patung keagamaan atau makhluk hidup
- Jongkong, wafer, syiling atau ketulan emas dengan SYARAT mempunyai Resit Pembelian atau Sijil Ketulenan
- Barangan emas dihadiahkan oleh majikan kepada pekerja dalam perkhidmatan dengan syarat:
- Pekerja mengemukakan dokumen Sijil Penghargaan
- Mutu emas antara 22 hingga 24 karat
- Berat tidak melebihi 300 gram
Jumlah Pinjaman
- Maksimum margin pinjaman sehingga 70% sahaja dari nilai barangan gadaian (Nilai Marhun)
- Setiap gadaian tidak melebihi RM10,000 sehari dan tidak melebihi RM50,000 secara terkumpul.
Had Pinjaman
Tempoh Gadaian
- Tempoh gadaian adalah 6 bulan
Tempoh Lanjutan Gadaian
- Tempoh maksimum lanjutan gadaian tidak melebihi tempoh 18 bulan daripada tarikh gadaian
Cara Bayaran Balik
- Secara sekaligus atau berperingkat-peringkat.
Upah simpan
- Upah simpan dikira berdasarkan nilai marhun dan tempoh bilangan bulan gadaian ditebus.
- Kadar upah simpan minimum bersamaan dengan kadar setengah bulan akan dikenakan ke atas barang gadaian yang ditebus bagi tempoh yang kurang daripada 15 hari.
- Kadar upah simpan adalah seperti berikut :
- Formula pengiraan upah simpan bagi Ar-Rahnu: a = b x c/100 x 12 x d/365
- Upah simpan = a
- Nilai marhun = b
- Kadar upah simpan = c
- Tempoh gadaian = d
- Pengiraan Upah Simpan Pajak Gadai-i Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadaian Konvensional adalah seperti dibawah:
- Nilai barang kemas (nilai marhun): RM1,000
- Jumlah Pinjaman : RM650
- Tempoh: 6 bulan/180 hari
- Kadar upah simpan: RM0.65
No comments:
Post a Comment